Komentar

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

SMS Gratis Indonesia

Minggu, 16 Agustus 2009

Mengisi kemerdekaan dengan ilmu




MENGISI KEMERDEKAAN DENGAN ILMU

(Berikut ini saya dapatkan artikel tentang cara mengisi kemerdekaan mungkin dari malaysia, tapi yang terpenting adalah manfaatnya)



MAJLIS-majlis konvokesyen sedang rancak dijalankan di seluruh negara untuk meraikan kejayaan pelajar menamatkan pelajaran di peringkat universiti atau kolej. Berita-berita kejayaan disiarkan dengan harapan dapat membakar semangat para pelajar dan graduan untuk terus memajukan diri.

Persoalannya, adakah proses pembelajaran akan terhenti setakat itu sahaja? Apakah para remaja sedar bahawa ilmu sangat penting bukan sahaja untuk diri mereka sendiri malah dalam mengisi kemerdekaan negara?

Asas Kepentingan Ilmu

Islam menuntut penganutnya supaya berilmu. Turunnya wahyu yang pertama kepada Rasulullah s.a.w mengajak manusia untuk membaca, terus mencari ilmu serta tidak lupa kepada Pencipta yang menciptakan supaya manusia sentiasa bersikap reflektif terhadap kejadian dirinya. (al-Alaq: 1-5). Ilmu adalah penyuluh daripada kegelapan, merdekakan diri daripada apa-apa penjajahan yang membelenggu dan suatu bentuk pertahanan diri dan negara daripada penindasan pihak lain.

Pentingnya ilmu pengetahuan selain daripada suatu bentuk nikmat dan rahmat Allah s.w.t. kepada hamba-hamba-Nya, ialah ia memberi asas kepada terbentuknya sistem diri, keluarga dan masyarakat.

Tanpa ilmu, masyarakat menjadi pincang dan tidak bersistem. Urusan-urusan sosial, ekonomi dan pembangunan sahsiah misalnya, tidak akan dapat diuruskan dengan baik tanpa adanya suatu sistem yang menguruskannya. Maka ilmu menjadi nadi kepada sistem-sistem ini. Menguruskan nikmat-nikmat Tuhan di muka bumi ini bukan sahaja memerlukan ilmu yang dipelajari daripada buku-buku di sekolah dan di universiti tetapi juga memerlukan nilai-nilai yang positif dan baik yang dapat memandu sistem ke arah yang benar dan tidak lari daripada norma-norma agama dan budaya.

Mengurus Ilmu Pengetahuan

* Mengurus amanah yang diberikan dengan baik.

Para remaja harus sedar bahawa menggenggam ijazah bukan sahaja tiket untuk mendapatkan pekerjaan yang baik, ia juga amanah untuk memajukan diri, keluarga, negara dan umat. Sebagai seorang Muslim, menguruskan pekerjaan yang diberi membawa imej agama Islam itu sendiri.

Setiap pekerja haruslah dilakukan dengan sebaik-baiknya, ikhlas dan tidak melanggar prinsip-prinsip agama, undang-undang dan moral. Apabila amanah dapat diuruskan dengan baik, maka produktiviti akan meningkat dan nikmat kemerdekaan negara dapat diuruskan dengan teratur dan lancar.

* ‘Life-long Learning Process’.

Bagi lepasan universiti atau sekolah, sikap untuk terus belajar haruslah sentiasa ada walau dalam bentuk apa pun. Pekerjaan yang kita lakukan juga menuntut kita untuk sentiasa belajar dan mempertingkatkan kemahiran diri.

Mengaplikasikan apa yang dipelajari di kelas adalah satu bonus tetapi kebanyakan permasalahan memerlukan kita belajar sendiri dan berusaha untuk mengatasinya. Maka remaja seharusnya sentiasa berusaha untuk terus mempertingkatkan diri dan tidak berada selama-lamanya dalam ‘zon selesa’.

* Menggunakan ilmu untuk mempertahankan yang baik dan menolak kemungkaran.

Para remaja harus sedar bahawa ilmu yang baik itu adalah yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain asalkan tidak mengganggu hak-hak orang lain. Ilmu yang baik juga harus dilaksanakan dengan cara yang baik dan tidak menyalahi batas-batas syariah dan undang-undang.

Para remaja harus berilmu untuk membezakan antara yang hak dan yang mungkar serta tidak menyanggupi apa-apa yang salah dan batil di tengah-tengah cabaran globalisasi dan budaya-budaya yang mengelirukan.

* Berusaha Mengajar Orang Lain Tentang Kepentingan Ilmu

Ilmu pengetahuan yang dimiliki tidak seharusnya disimpan sendiri tanpa orang lain mempelajarinya. Langkah mengajarkan dan menyebarkan ilmu yang bermanfaat adalah perbuatan yang sangat mulia, malah membantu orang lain untuk memerdekakan diri daripada apa yang tidak diketahuinya.

Bak kata pepatah Cina: ‘Berikan seseorang seekor ikan, maka anda memberikannya makanan untuk ketika itu. Ajarkan seseorang menangkap ikan, maka anda membantunya mencari makanan sepanjang hidupnya.’

* Mengenal Diri dan Pencipta

Ilmu juga seharusnya mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t. Ilmu membawa kita ke fitrah iaitu menginsafi kejadian diri dan menyedari akan amanah yang Allah letakkan pada kita sebagai khalifah di muka bumi. Ilmu juga membawa kepada asas keimanan dan ketakwaan dalam diri kita. Oleh itu, ilmu seharusnya membawa kita hampir kepada Pencipta alam ini dan seluruh isinya.

Kesimpulan

Mengisi kemerdekaan bukanlah sesuatu yang mudah namun kita haruslah berusaha untuk mempertingkatkan diri bagi mengangkat martabat diri, keluarga, agama dan negara. Ilmu yang baik dan bermanfaat membawa kepada kebahagiaan dan kesejahteraan yang sejati.

Pencapaian diri dan pengisian negara akan menjadi lebih bermakna apabila warganya berilmu pengetahuan dan hidup di dalam sistem yang benar dan teratur. Apatah lagi dengan hari kemerdekaan yang akan disambut esok, dan menjelangnya bulan Ramadan yang mulia ini, maka ayuh para remaja sekalian, kita tingkatkan ilmu pengetahuan dan tanamkan azam untuk terus memajukan negara Malaysia yang tercinta ini.

* NURUL IZZAH SIDEK ialah graduan kejuruteraan Komunikasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Kuala Lumpur.